Rabu, 16 Mac 2011

Bestnye keHujanan serta keSejukan.


Malam ini sejuk betul saya rasa sebab bumi telah dibasahi dengan titis-titis hujan yang turun daripada langit. Mulanya, saya ingat tak akan hujan malam ini kerana langit cukup cerah diterangi oleh cahaya bulan sehingga untuk melihat bintang di angkasa pun senang kerana tiada awan-awan gelap.

Sudah menjadi lumrah alam, malam yang indah brtukar kepada bunyi guntur,kilat menyabung dan tidak lama kemudian titis-titis hujan pun jatuh ke atas atap zink rumah. Daripada alunan yang sungguh slow dan kemudiannya telah bertukar laju sehingga kita dapat dan tidak selesa mendengar bunyi itu.

Walaupun saya benci dengan alunan bunyi yang tidak harmoni oleh titis hujan itu namun, saya amat bersyukur serta bergembira kerana bumi telah dibasahi oleh hujan yang turun. Ini telah banyak memberi kerahmatan kepada segelintir manusia yang bergantung kepada air tadahan hujan untuk keperluan seharian. Saya amat berterima kasih kerana hujan yang turun ini banyak memberi manfaat kepada manusia,haiwan dan tumbuhan di muka bumi.

Saya pun tengah kesejukan sekarang dan ingin naik ke katil untuk memeluk bantal peluk saya. Ingin saya tegaskan disini, semoga anda berbahagia dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita manusia di muka bumi ini. MGBU all sahabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan